Pulang dari pejabat, Alison mendapati anjing kesayangannya sedang menggonggong bangkai seekor arnab milik jirannya, Anuson.
Tidak mahu perkara buruk tercetus, Alison mengambil bangkai itu, membasuhnya lalu terus mengeringkan bulu haiwan itu. Kemudian, diletakkannya di atas simen rumah jirannya itu dengan harapan Anuson akan menyangka arnab tersebut mati secara tiba-tiba.
Esoknya, Anuson memanggil Alison menceritakan sesuatu.
Anuson : Awak tahu Alison, arnab saya dah mati?.
Alison : Yeke?! sebab apa?
Anuson : Entahlah, sebabnya saya dah tanam bangkainya kelmarin. Tapi,esoknya saya dapati ada orang gali dan ambil bangkai arnab itu, kemudian membersihkannya lalu diletakkan di atas simen rumah saya. Agaknyalah Alison, orang itu tak siuman kot....
Alison : Mungkinnnnnlahhh....
0 komen best!:
Post a Comment
wah~ nk komen ker nih???hehehe sila2... xkena bayar pon heeeee